Haffa merupakan sebuah platform digital yang khusus dalam pengajian Fardhu Ain, diasaskan oleh dua orang ustaz kembar, Ustaz Hafiz Afandi dan Ustaz Faiz Afandi. Ditubuhkan pada 21 Oktober 2021, Haffa memulakan langkahnya dengan menyediakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain secara percuma melalui platform online, yang diajar sendiri oleh pengasasnya.
Penubuhan Haffa didorong oleh keprihatinan terhadap kelemahan dalam penguasaan ilmu agama di kalangan masyarakat. Dengan visi untuk memperkasakan ilmu Fardhu Ain dalam kalangan umat Islam, Haffa telah menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) yang menyeluruh. Usaha ini telah melahirkan pelbagai modul pembelajaran dan seminar interaktif yang dirancang khusus untuk memenuhi keperluan masyarakat moden.
Sejak penubuhannya, Haffa telah berjaya membantu lebih daripada 100,000 umat Islam dari Malaysia, Singapura, dan Brunei untuk mempelajari dan memahami ilmu Fardhu Ain serta Al-Quran dengan lebih mendalam dan menyeluruh. Dengan pendekatan yang inovatif dan mesra pengguna, Haffa terus komited dalam menyampaikan pendidikan Islam yang berkualiti dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat

“Menjadi peneraju dalam pengajian ilmu Fardhu Ain secara komprehensif, inovatif, dan mudah diakses yang membantu setiap individu Muslim memperkukuhkan ilmu ibadah berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.”
“Memperkasakan pembelajaran Fardhu Ain secara digital melalui Modul Haffa yang komprehensif, praktikal, dan berkesan bagi semua peringkat umur.”
Muhammad Faiz bin Afandi memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Machang Satu, Machang, Kelantan sehingga tamat darjah enam. Minat yang mendalam terhadap ilmu agama membawa beliau menyambung pengajian dalam bidang tahfiz di beberapa institusi, antaranya Madinatul Ilmi di Bachok, Kelantan, seterusnya ke Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat di Repek, Pasir Mas, Kelantan, dan kemudiannya ke Madrasah Tahfiz Darul Riyadh di Rantau Panjang, Kelantan.
beliau melanjutkan pengajian ke luar negara di Rubat Tarim, Hadramawt, Yaman, dan menuntut ilmu di sana selama kira-kira enam tahun sehingga tahun 2013. Sepanjang tempoh tersebut, beliau menimba ilmu secara talaqqi dan mendalami pelbagai disiplin ilmu Islam, khususnya dalam bidang fiqh mazhab al-Syafi‘i melalui pembacaan kitab-kitab turath yang muktabar.
Antara kitab yang dipelajari termasuklah Risalah al-Jami‘ah, Mukhtasar al-Latif, Safinatun Najah, al-Muqaddimah al-Hadramiyyah, Fath al-Qarib, Hasyiah Ibn Qasim, Sofwatuz Zubad, Umdah al-Salik, Fath al-Mu‘in, I‘anah al-Talibin, dan al-Yaqut al-Nafis. Pengajian ini membentuk asas kefahaman beliau dalam ilmu fiqh, ibadah, serta tradisi keilmuan Islam yang bersanad.
Sekembalinya ke Malaysia pada tahun 2013, beliau berkhidmat sebagai Imam Satu di Masjid Mukim Kampung Pangkal Melerek sehingga tahun 2018. Sepanjang tempoh tersebut, beliau turut aktif menyampaikan kuliah dan membimbing masyarakat dalam memahami asas-asas agama.
Seterusnya, beliau berpindah ke Melaka dan memperoleh tauliah mengajar daripada pihak berkuasa agama negeri. Kini, beliau aktif sebagai penceramah bebas serta penulis, dengan fokus kepada penyampaian ilmu fardhu ain secara mudah, tersusun dan praktikal untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Selain itu, beliau juga terlibat dalam penghasilan bahan-bahan pendidikan seperti buku, kelas dalam talian, serta sesi pengajian secara langsung melalui pelbagai platform media.
Pendekatan penyampaian beliau menekankan kefahaman yang jelas, berpandukan kitab turath dan disiplin mazhab al-Syafi‘i, di samping menyesuaikan dengan realiti masyarakat masa kini agar ilmu dapat dihayati dan diamalkan dengan lebih berkesan.
Ustaz Muhammad Hafiz bin M.D. Afandi memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Machan 1. Setelah menamatkan pengajian di peringkat sekolah rendah, beliau meneruskan perjalanan ilmu dengan memasuki Maahad Tahfiz Darul Quran wal Qira’at, di mana beliau mendalami hafazan dan pengajian Al-Quran secara lebih tersusun.
Setelah tamat di Maahad Tahfiz Darul Quran wal Qira’at, beliau meneruskan pengajian secara talaqqi dan berguru dalam memperelokkan serta memperindahkan bacaan Al-Quran bersama Tuan Guru Haji Abdullah bin Daud Al-Hafiz di Madrasah Tahfiz Al-Hidayah. Di sini, beliau memberi penekanan khusus kepada aspek tajwid, tarannum dan penghayatan bacaan Al-Quran.
Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian ke Darul Ta’limi Ad-Dini atau lebih dikenali sebagai Pondok Yayasan Islam Kelantan. Di institusi ini, beliau memulakan pengajian kitab secara talaqqi dengan para masyaikh dan guru-guru yang berpengalaman.
Selain itu, beliau juga aktif bertalaqqi dan berguru dengan ramai ulama dan guru di sekitar negeri Kelantan dan Johor dalam usaha memperkukuhkan lagi kefahaman dan penguasaan ilmu agama.
Kini, Ustaz Muhammad Hafiz bin M.D. Afandi merupakan pemegang tauliah mengajar bagi negeri Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta terus komited dalam menyampaikan ilmu dan berkhidmat kepada masyarakat.
@ustazkembar Muliakan anak perempuan kita, jangan kita mudah2 nak bagi dia keluar dengan mana-mana jantanpun, kalau tak kita berdosa #pusatdakwahhaffa #haffa #ustazkembar ♬ original sound - Ustaz Kembar - Haffa
@ustazkembar Ramai yang buat salah macam ni, saya harap video ni membantu anda untuk betulkan bacaan ini... #ustazwadiannuar #fyp #ustazmuhaizad #PusatDakwahHaffa #tiktokguru #Ustazkembar #ustazazharidrus ♬ original sound - Ustaz Kembar (Haffa) - Ustaz Kembar - Haffa
@ustazkembar Kita kena pastikan air kencing kita habis keluar dulu barulah tak kena pakaian kita... #fyp #ustazwadiannuar #ustazmuhaizad #PusatDakwahHaffa #tiktokguru #Ustazkembar #ustazazharidrus ♬ original sound - Ustaz Kembar (Haffa) - Ustaz Kembar - Haffa