Tentang Kami

Haffa merupakan sebuah platform digital yang khusus dalam pengajian Fardhu Ain, diasaskan oleh dua orang ustaz kembar, Ustaz Hafiz Afandi dan Ustaz Faiz Afandi. Ditubuhkan pada 21 Oktober 2021, Haffa memulakan langkahnya dengan menyediakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain secara percuma melalui platform online, yang diajar sendiri oleh pengasasnya.

Penubuhan Haffa didorong oleh keprihatinan terhadap kelemahan dalam penguasaan ilmu agama di kalangan masyarakat. Dengan visi untuk memperkasakan ilmu Fardhu Ain dalam kalangan umat Islam, Haffa telah menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) yang menyeluruh. Usaha ini telah melahirkan pelbagai modul pembelajaran dan seminar interaktif yang dirancang khusus untuk memenuhi keperluan masyarakat moden.

Sejak penubuhannya, Haffa telah berjaya membantu lebih daripada 100,000 umat Islam dari Malaysia, Singapura, dan Brunei untuk mempelajari dan memahami ilmu Fardhu Ain serta Al-Quran dengan lebih mendalam dan menyeluruh. Dengan pendekatan yang inovatif dan mesra pengguna, Haffa terus komited dalam menyampaikan pendidikan Islam yang berkualiti dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat

Visi

“Menjadi peneraju dalam pengajian ilmu Fardhu Ain secara komprehensif, inovatif, dan mudah diakses yang membantu setiap individu Muslim memperkukuhkan ilmu ibadah berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.”

Misi

“Memperkasakan pembelajaran Fardhu Ain secara digital melalui Modul Haffa yang komprehensif, praktikal, dan berkesan bagi semua peringkat umur.”

Jahil adalah satu Dosa

ini merupakan slogan Haffa dalam memberi pencerahan kepada masyarakat awam khususnya bahawa kejahilan merupakan satu dosa

Info ringkas mengenai

Sejarah Belajar Ustaz Kembar

Ustaz Haffa v2
2003

Ustaz Kembar memulakan perjalan sebagai penuntut ilmu pada umur mereka 13 tahun di Pondok

Ustaz Haffa v2
2008

Ustaz Kembar menyambung perjalanan menuntut ilmu di Tareem Yaman, berguru dengan ramai sekali dari kalangan para alim
ulama, antaranya adalah

Ustaz Haffa v2
2011

Ustaz Kembar memulakan perjalanan dakwah melalui media sosial, banyak membantu dan
mengajarkan ilmu fardhu ain kepada ibubapa, kanak-kanak, pelajar sekolah, universiti & kepada lebih 10,000 keluarga di Malaysia, Singapore, Brunei

Antara video yang berjaya mendapat sambutan dari luar dan dalam Malaysia

@ustazkembar Muliakan anak perempuan kita, jangan kita mudah2 nak bagi dia keluar dengan mana-mana jantanpun, kalau tak kita berdosa #pusatdakwahhaffa #haffa #ustazkembar ♬ original sound - Ustaz Kembar - Haffa

Boleh tonton video-video kami yang lain di sini

Aktiviti Haffa

Ustaz Kembar memulakan perjalanan dakwah melalui media sosial, banyak membantu dan mengajarkan ilmu fardhu ain kepada ibubapa, kanak-kanak, pelajar sekolah, universiti & kepada lebih 10,000 keluarga di Malaysia, Singapore, Brunei

untuk mengetahui aktiviti kami dengan lebih lanjut, sila kilk di sini